La Cosa Nostra

Open Approved
11 Nov 2022 to 13 Nov 2022
6:30PM
Asia/Kuala_Lumpur
Panggung Pelinggam Cahaya, USM, Penang
Event

Event Details

Duration 1 hour 15 Minutes
Venue Panggung Pelinggam Cahaya, USM, Penang

About This Event

Kekuasaan seringkali dijadikan tuhan yang disembah manusia sehinggakan manusia sanggup melakukan apa sahaja demi cita-cita. Vito adalah pemuda yang dilahirkan dalam masyarakat yang miskin, setelah berpindah ke kota hidupnya semakin mendesakkan apabila kedua ibubapanya mati dan dia harus menjaga abangnya yang cacat. lantaran kehidupan sedemikian telah membentuk dirinya untuk menjadi seorang penjenayah jalanan. Dengan bantuan rakannya Lucky, Vito telah terjebak ke kancah dunia mafia yang penuh hipokrasi dan kekuasaan. Sebagai serampang dua mata keterjebakannnya dalam dunia jenayah dijadikan alasan untuk melunaskan dendamnya terhadap kematian abangnya Meaty akibat dibunuh oleh ketua mafia, Don Salieiri. Untuk memenuhi cita-cita itu, Vito sanggup terjun ke alam jenayah di bawah kekuasaan Mafia iaitu Joseph Profaci yang merupakan seorang ketua mafia yang baharu sahaja mencipta namanya. Maka berlakulah pelbagai komplot, dan terjadinya plot-plot yang diatur yang tidak terungkai oleh sesiapa….


Trailer