Budak Bola: Sorak!
Budak Bola: Sorak! ialah sebuah pementasan teater jalanan berdurasi 1 jam, diinspirasikan daripada filem Budak Bola. Projek ini mengangkat isu perjudian bola sepak melalui kisah dua watak utama, Zul dan Budi, sebagai refleksi cabaran anak muda di padang dan dalam hidup.
Event Details
About This Event
Sorakan Untuk Komuniti
Teater Jalanan Budak Bola : Sorak! merupakan sebuah inisiatif teater komuniti yang bertujuan mendekati belia bandar di Selangor, khususnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR), melalui medium seni yang dekat dengan ruang dan budaya harian mereka. Projek ini tercetus daripada realiti cabaran sosial dan ekonomi yang dihadapi oleh belia PPR, termasuk tekanan kos sara hidup serta kadar pengangguran belia yang tinggi, iaitu 10.6% berbanding 3.4% kadar nasional (DOSM, 2022). Keadaan ini menghadkan peluang pembangunan diri, khususnya dalam bidang seni dan budaya.
Sinopsis
Budi, 16 tahun, seorang budak flat yang menjadikan bola sepak sebagai harapan untuk keluar dari belenggu hidup. Zul, 30 tahun, bekas pemain yang tewas kepada dunia perjudian, kembali sebagai bayang hitam yang merosakkan padang dan generasi baru. Pertembungan mereka di gelanggang futsal di tengah flat menjadi metafora antara mimpi dan kegelapan. Pementasan ini mengajak penonton menyaksikan bagaimana satu permainan boleh berubah menjadi taruhan, dan bagaimana komuniti boleh bangkit menolak judi serta meraih kembali suara mereka.
Persembahan Budak Bola: Sorak! akan diadakan secara outdoor. Pihak penganjur tidak menyediakan perlindungan cuaca. Penonton digalakkan membawa payung, topi, atau kelengkapan yang bersesuaian bagi memastikan keselesaan sepanjang persembahan berlangsung.
Schedule
References
Published: 16 Feb 2026, 4:51PM
Created: 10 Feb 2026, 8:50PM
Updated: 23 Feb 2026, 12:53AM