BENGKEL TARI PERGAULAN RONGGENG MELAYU

tari pergaulan-ronggeng melayu ialah wadah muzik dan tari tradisional melayu yang sudah lama ada dan dimainkan dalam 3 rentak iaitu senandung, inang dan joget yang dimana kini dibawa oleh pemain seni oleh pelbagai generasi kini dalam bentuk persembahan.

Open Approved
07 Feb 2026
10:00AM
Asia/Kuala_Lumpur
Workshop

About This Event

***** PESERTA DIMINTA HADIR JAM 9 PAGI UNTUK SESI PENDAFTARAN

·         Peserta-peserta bengkel tari  hendaklah memakai pakaian bersesuaian untuk sesi latihan : 

 ( t-shirt / seluar track / kasut sukan / bertudung / ikatan rambut kemas / bersongkok)

·       Peserta juga wajib menghadiri dan membawa sepasang busana tradisional yang ditetapkan untuk penglibatan persembahan kitaran ronggeng pada lanjutan acara malam tersebut.

Contoh busana perempuan :    

Baju kebaya, baju kurung, baju kebaya panjang, wajib berselendang , bersanggul , dan lain-lain baju tradisional melayu )

Contoh busana lelaki :     

 Baju melayu cekak musang/ sejari, baju teluk belanga, songkok, capal, bersamping dan lain-lain baju tradisional melayu )

·      Peserta diberikan  e-sijil penyertaan

·      Sebarang kehilangan, kecederaan, kemalangan jiwa, atau lain-lain dibawah tanggungjawab sendiri