SEMBUNYI ATAS NOKTAH
Pementasan psikologi-drama tentang persahabatan, cinta, dendam dan kebenaran. Gaya simbolik, korus sebagai suara hati dan ruang yang berubah mengikut emosi. Dengan bunyi tradisional, cahaya kontras dan gerak korus, teater ini menegaskan bahawa kebenaran tetap muncul, meski mengorbankan jiwa
Event Details
About This Event
Sinopsis
Tuah hidup tenang bersama isterinya, Melur, namun kepulangan sahabat lamanya, Johan, selepas 13 tahun menghilang, membuka semula sejarah kelam yang disembunyikan. Johan kembali dengan dendam dan trauma yang diwarisi daripada arwah ayahnya, menghuru-harakan kehidupan Tuah, Melur dan Datuk Kelana. Di persimpangan persahabatan, cinta, dan pengkhianatan, rahsia mula terbongkar, darah tertumpah dan takdir berubah. Di ambang gelap dan cahaya, kebenaran mengorbankan nyawa dan melahirkan satu harapan baharu. Tiada lagi yang mampu sembunyi atas noktah.
...........
Pengarah - Eunous Madeonus
Sinografi - Shila Shailo
Pelakon :
Ammar Aqsya sebagai Johan
Hazzy Alzeeq sebagai Tuah
Wisy Zamzuri sebagai Datuk Kelana
CikBell sebagai Melur
Schedule
References
Published: 11 Dec 2025, 11:06AM
Created: 08 Dec 2025, 2:26AM
Updated: 11 Dec 2025, 11:06AM