KARYA TEATER 'BAHAMAN'
Teater Bahaman mengisahkan keberanian pahlawan Melayu, Datuk Bahaman menentang penjajah demi maruah bangsa. Persembahan epik dengan lakonan hebat, muzik, kostum dan pencahayaan ini sarat nilai sejarah, penuh emosi, mendidik serta sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat.
Event Details
About This Event
1. Ringkasan Pementasan
Teater Bahaman mengangkat kisah perjuangan Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Datuk Bahaman dibantu oleh Tok Gajah - Iman Perang Indera Gajah dan anaknya Mat Kilau menghalang tindak tanduk jahat British yang sembunyikan niat ingin menjajah. Bersama dengan angkatan kaum tani pejuang-pejuang itu telah menentang dengan gagah berani, menggunakan taktik mendirikan kubu-kubu pertahanan di wilayahnya. Dipersembahkan dengan gabungan lakonan dramatik, muzik dan kostum autentik dan pencahayaan yang menghidupkan suasana. Teater ini menjanjikan sebuah pengalaman epik penuh emosi dan nilai sejarah.
2. Tarikh & Masa Pementasan
📅 15 – 16 September 2025🕖 8.45 malam (kedua-dua malam)📍 Auditorium JKKN Terengganu
3. Harga Tiket
- Dewasa: RM10
- Warga emas 60 tahun ke atas / Kanak-kanak: Percuma (terhad 100 tempat duduk setiap malam)
4. Amaran & Peraturan Penting
⚠️ Sila patuhi peraturan auditorium:
- Masuk 30 minit sebelum persembahan bermula.
- Dilarang mengambil gambar atau rakaman video semasa persembahan.
- Sila matikan telefon bimbit atau letak pada mod senyap.
- Kanak-kanak bawah 7 tahun digalakkan hadir bersama penjaga.
5. Maklumat Berguna
Tempat letak kereta percuma disediakan di kawasan parkir sekitar JKKN Terengganu. Bagi yang menaiki bas perlulah meletakkan bas di luar perkarangan JKKN Terengganu.
5. Tenaga Produksi
- Pengarah - Tn. Hj. Marzuki Ali
- Penolong Pengarah - Mohd Saberi Muda
- Penulis Skrip - Ma'rof bin Seman
- Pengurus Pentas - Mohd Nazri bin Ismail
- Pengarah Artistik - Luqmanul Hakim bin Engku Mohd Hariul Nizam
- Penata Set & Prop - Tengku Khalid bin T. Abd. Rahman/ Alwi bin Ibrahim
- Kostum - Abdul Rahim Shamsuddin/ Nurul Syafieyka bt Aziz
- Penata Cahaya - Abu Bakar bin Musa
- Penata Bunyi dan Efek - Saiful Hizzam bin Sulong
- Solekan - Tn. Sharifah Habsah bt Syed Abdullah
- Koordinator Latihan - Ku Osman Ku Ibrahim
- Pembantu Pentas - Suhaila bt Shamsuddin
- - Noor Hazila bt Mohd Razali
- - Muhammad Khalel Khusairi bin Mohd Saberi
- - Syakir Qusyairi bin Shaa'ri
- - Muhammad Afif bin Abu Bakar
- - Muhammad Daniel Rafiq bin Zulkifli
- - Muhammad Safuan Ikhwan bin Ismail
- - Putera Naquib Haiqal bin Noh Hazizan
- Urussetia - Hasbe Zuraini bt Abu Bakar
- Kebajikan - Zaidi bin Abdullah@Mamat
Schedule
References
Published: 26 Aug 2025, 7:40PM
Created: 26 Aug 2025, 7:38PM
Updated: 25 Mar 2026, 6:40PM