Teater Anak Tanjung
Sebuah pementasan 'Karya Teater 2025' yang mengangkat naskah "ANAK TANJUNG" oleh Dato' (Dr) SN Noordin Hassan. Sebuah karya yang mengangkat konflik pemikiran agama, budaya, bangsa dan sejarah.
Event Details
About This Event
Sinar harus menembus kabus.
Jangan sampai empuk direbus!
Seketul daging kononnya punca
Baik dia baik semua
Baik untuk siapa?
Jangan lupa tuan asal taman permai.
Ada orang, bunga dipetik perdu ditendang.
Kononnya mereka menyubur – membaja.
Yang sebenar, mereka yang subur kerana baja.
Yang asal kepada usul, biar putih tulang.
jangan bercermin bangkai.
Seketul daging untuk bangsa yang mungkin jadi
Hamba, membersih taman untuk tuannya.
Kali ini di pentaskan dengan menyelit genre muzikal sebagai adunan lengkap kehidupan rakyat dalam memperjuangkan semangat nasionalisma.
Para penonton berpeluang untuk membawa pulang HADIAH MISTERI. Segera dapatkan tiket anda..
Penonton mempunyai pilihan untuk meletakkan kenderaan di ruang terbuka (Ropewalk) belakang JKKN Pulau Pinang atau menggunakan alternatif ehailing.
Schedule
References
Published: 02 Sep 2025, 8:10PM
Created: 19 Aug 2025, 9:10PM
Updated: 25 Mar 2026, 6:38PM