KARYA TEATER 'BAHAMAN'
Teater Bahaman mengisahkan keberanian pahlawan Melayu, Datuk Bahaman menentang penjajah demi maruah bangsa. Persembahan epik dengan lakonan hebat, muzik, kostum dan pencahayaan ini sarat nilai sejarah, penuh emosi, mendidik serta sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat.
Event Details
About This Event
1. Ringkasan Pementasan
Teater Bahaman mengangkat kisah perjuangan Datuk Bahaman, pahlawan Melayu yang bangkit menentang penjajah demi mempertahankan maruah bangsa dan tanah air. Dipersembahkan dengan gabungan lakonan dramatik, muzik dan kostum autentik dan pencahayaan yang menghidupkan suasana. Teater ini menjanjikan sebuah pengalaman epik penuh emosi dan nilai sejarah.
2. Tarikh & Masa Pementasan
📅 15 – 16 September 2025
🕖 8.45 malam (kedua-dua malam)
📍 Auditorium JKKN Terengganu
3. Harga Tiket
- Dewasa: RM10
- Warga emas 60 tahun ke atas / Kanak-kanak: Percuma (terhad 100 tempat duduk setiap malam)
4. Amaran & Peraturan Penting
⚠️ Sila patuhi peraturan auditorium:
- Masuk 30 minit sebelum persembahan bermula.
- Dilarang mengambil gambar atau rakaman video semasa persembahan.
- Sila matikan telefon bimbit atau letak pada mod senyap.
- Kanak-kanak bawah 7 tahun digalakkan hadir bersama penjaga.
5. Maklumat Berguna
Tempat letak kereta percuma disediakan di kawasan parkir sekitar JKKN Terengganu.
Bagi yang menaiki bas perlulah meletakkan bas di luar perkarangan JKKN Terengganu.
5. Tenaga Produksi
- Pengarah - Tn. Hj. Marzuki Ali
- Penolong Pengarah - Mohd Saberi Muda
- Penulis Skrip - Ma'rof Seman
- Pengurus Pentas - Mohd Nazri Ismail
- Pengarah Artistik - Luqmanul Hakim bin Engku Mohd Hariul Nizam
- Penata Set - Zaidi Abdullah@Mamat
- Kostum - Abdul Rahim Shamsuddin
- Penata Bunyi dan Efek - Saidin Mohalim
- Koordinator Latihan - Ku Osman Ku Ibrahim
Schedule
References
Published: -
Created: 18 Aug 2025, 3:32PM
Updated: 25 Mar 2026, 6:37PM