KARYA TEATER SENIMAN NEGARA DATUK LAT KAMPUNG BOY

Kisah “Kampung Boy” membawa penonton menyelami zaman kanak-kanak penuh kenangan dan nilai kehidupan masyarakat desa — sebuah cerminan keaslian budaya Melayu yang disampaikan dengan humor, nostalgia dan keindahan tersendiri.

Open Approved
14 Nov 2025 to 16 Nov 2025
8:30PM
Asia/Kuala_Lumpur
Event

Event Details

Duration 120 minutes
Recommended Age 6 years old and above
Children Admission Tickets Required
Dress Code Smart_casual

About This Event

Saksikan sebuah pementasan istimewa yang mengangkat karya agung Seniman Negara Datuk Lat melalui teater bertajuk “Kampung Boy”, arahan Ridhwan Saidi dengan skrip nukilan Saad Omar. Karya ini mengetengahkan kisah kehidupan Datuk Lat sendiri sebagai seorang budak lelaki iaitu Lat. Lat merupakan seorang kanak-kanak yang mempunyai bentuk muka bulat. Oleh sebab itu, nama timangan sebagai bulat telah diberi oleh keluarganya dan kawan-kawan telah memendekkan nama tersebut menjadi Lat. Lat merupakan anak sulung dalam keluarga dan gemar bermain di hutan, dusun dan lombong timah bersama dengan kawan-kawannya. Sewaktu berusia 9 tahun, Lat membantu menambah pendapatan keluarganya dengan memanfaatkan kemahiran melukis dengan menjual komik kepada rakan rakannya.Sepertimana penceritaan Kampung Boy, begitu jugalah teater ini yang diterjemahkan di atas pentas. Visual komik direalisasikan menjadi sebuah teater dengan lakonan realisme.

✨ BARISAN PELAKON: Taiyuddin Bakar, Ilya Senario, Hadi Mikail, Faris Jamhari, Isma Hakimi, Aqeel Uwais, Yeop Nazri, Santy Mala, Sty Mat Desa, Dayyan, Fazly Izwan, Nazir, Tiqah, Danny H, Farah Ann, Yazz, Madi.

📅  14 – 16 November 2025 (SOLD OUT!)

🕣 8.30 malam

📍Auditorium JKKN Perak