8 KISAH 1 MALAM
“8 Kisah 1 Malam” ialah sebuah pementasan teater antologi yang menggabungkan 8 karya berbeza dalam satu malam. Setiap karya menampilkan kisah unik yang menyentuh tema takdir, resah, dan bayang diterjemah melalui pelbagai gaya persembahan dan naratif oleh pengkarya.
Event Details
About This Event
8 Kisah 1 Malam merupakan pementasan teater antologi pertama seumpamanya di Johor yang menghimpunkan lapan karya pendek dalam satu malam persembahan. Ia mempersembahkan pelbagai bentuk penceritaan dan gaya pengarahan daripada generasi pengkarya yang tampil berani mengangkat tema-tema besar seperti takdir, resah, dan bayang.
Konsep pementasan ini mengangkat format teater pelbagai disiplin — menggabungkan pelbagai genre seperti Realisme, Absurd, Eksperimental, Muzikal, dan Monolog / Monodrama yang dipersembahkan secara bergilir dalam satu malam. Inilah kali pertama format ini diketengahkan di negeri Johor, sekaligus membuka ruang kepada khalayak tempatan untuk menyaksikan dimensi baharu dalam persembahan teater kontemporari.
Setiap karya berdurasi 10 minit dan membawa naratif tersendiri yang mengangkat pengalaman dan keresahan masyarakat hari ini. Karya-karya yang dipentaskan termasuk : Hitam Manis, Tiang yang Tak Tumbang, Perempuan yang Mewangi, Tanah Bernanah, Nyorok, Marcapada, Wajah Musalmah dan We Need Only Beberapa Minit. Kesemua karya ini lahir daripada pelbagai latar budaya dan pengalaman pengkarya, lalu digarap menjadi persembahan yang mencabar bentuk konvensional pentas.
Schedule
References
Published: 25 Jul 2025, 4:39PM
Created: 23 Jul 2025, 1:01PM
Updated: 25 Mar 2026, 6:32PM