ANAK KERBAU MATI EMAK

Sarat dengan konflik kehidupan dalam masyarakat desa. Kisah bermula apabila Tawil datang meminta diurut selepas disondol anak kerbau yang kematian emak. Isu tanah, cemburu, kemasyarakatan dan hubungan keluarga digarap dalam sebuah teater bergenre komedi yang menghiburkan.

Open Approved
15 Aug 2025 to 16 Aug 2025
8:45PM
Asia/Kuala_Lumpur
Event

Event Details

Duration 90 minutes
Seating Free seating
Doors Open 30 minutes before event
Dress Code Smart_casual

About This Event

Kisah bermula apabila Tawil datang meminta diurut punggungnya yang disondol oleh anak kerbau yang kematian emak. Namun begitu proses mengurut terganggu oleh pelbagai masalah kampung termasuk isu tanah, kecemburuan Kulup terhadap Cikgu Salim dan kebun Kamarun yang musnah angkara perbuatan anak kerbau mati emak serta kemelut rumah tangga Pak Mohsin dengan Mak Jumi. Alamakkkkk….

Ketegangan memuncak apabila Jamiah ingin lari ke Kuala Lumpur bersama Cikgu Salim. Dia lalu memberontak hingga mahu putus tunang dengan Kulup. Kehilangan Jamiah  mencetus pergaduhan dalam keluarga.

Apakah kesudahannya? Mampukah Kulup memenangi semula hati Jamiah? Adakah Kamarun mendapat semula ganti rugi kebunnya yang rosak? Apakah benar segala huru-hara ini berpunca daripada anak kerbau mati emak?  Paling penting, sempat ke punggung Tawil diurut? Hahahaha

Segalanya  akan terjawab dalam Teater Anak Kerbau Mati Emak!

📅 Tarikh: 15 & 16 Ogos 2025.

🕣 Masa: 8.45 malam.

📍 Venue: Auditorium Kompleks JKKN Perlis.

🎟️ Tiket: RM15.00

📞 Hubungi: Milla (+60 126986950) / Dikwan(+60 149094903)

Karya: Malina Manja

Arahan & Olahan: Hairi Safwan

Pelakon:

Fendy Bakry - Kulup

Che Mat Raja Lawak - Tawil

Yaakob Aziz - Penghulu

Saiful Azwan - Pak Mohsin

Nida Azizan - Jumi

Zali Shuhali - Kamarun

Hafedz - Takat

Hazwani Tarisya - Jamiah

Amin Razak - Cikgu Salim