Tingginya Menyapu Awan

Tingginya Menyapu Awan mengisahkan sekumpulan gelandangan yang hidup harmoni di penempatan setinggan. Drama ini menyentuh tema kemiskinan, dendam, kemanusiaan dan penerimaan, dengan pendekatan eksistensial dan realisme sosial yang menyayat hati.

Open Approved
25 Jul 2025 to 27 Jul 2025
8:30PM
Asia/Kuala_Lumpur
Event

Event Details

Duration 70 minutes
Recommended Age 16 years old and above
Children Admission Not Allowed
Seating Auditorium
Doors Open 15 minutes before event
Dress Code Casual

About This Event

Tingginya Menyapu Awan

25 – 27 Julai | 8:30 malam

Auditorium, Dewan Bahasa Pustaka 

Sinopsis

Di pinggir kota, sekumpulan gelandangan hidup dalam serba kekurangan namun penuh nilai kemanusiaan. Dalam komuniti setinggan ini, mereka saling bergantung dan hidup harmoni. Namun, suasana berubah apabila seorang tua yang nazak menyatakan hasrat terakhirnya — mahu menikmati susu dan buah segar. Usaha komuniti memenuhi permintaan itu terbantut apabila Melur, gadis terencat akal, tanpa sengaja memakan makanan tersebut. Kehadiran Melur dan ibunya akhirnya membongkar satu rahsia yang menggoncang hubungan antara mereka, membuka persoalan tentang marah, dendam, pengampunan, dan erti hidup.Tingginya Menyapu Awan ialah naskhah menyentuh yang mengangkat tema eksistensialisme dan realisme sosial, memaparkan realiti golongan marjinal dengan penuh empati dan ketulusan.

Harga Tiket

🎟️ Umum – RM35

🎟️ Pelajar / OKU / Warga Emas – RM25

Karya: Malina Manja

Arahan: Lenny Erwan

Barisan Pelakon:

Jumal – Hazzy Alzeeq

Badi – Jay Iswazir

Suman – Nik Aqil

Si Buta – Nain Hamdan

Untung – Adli Shinichi

Gayah – Farhana Fahizam

Melur – Aisy Ezmi

Pemuzik Jalanan – Azhar Ja’a

Peringatan Penting

🚫 Kanak-kanak bawah 7 tahun tidak dibenarkan masuk

🚫 Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dew