TEATER MUZIKAL BASIKAL TUA

Synopsis Cerita

Open Approved
24 May 2025 to 25 May 2025
8:30PM
Asia/Kuala_Lumpur
Event

Event Details

Duration 90 minutes
Recommended Age 10 years old and above
Children Admission Not Allowed
Seating Auditorium
Doors Open 30 minutes before event
Dress Code Smart_casual

About This Event

Synopsis Cerita

Aman seorang lelaki berusia awal 20an berhijrah ke KL kerana kecewa putus cinta. Aman yang hanya berbekalkan beg dan basikal tua yang dikayuh nya dari kampung.

Kalsom teman wanitanya sejak di bangku sekolah memilih untuk berkahwin dengan seorang askar berpangkat prebet.

Di Kuala Lumpur dia bertemu Fuad seorang penjual insurance yang berusia pertengahan umur dan bujang. Fuad mengajak Aman tinggal bersamanya di rumahnya kerana kesian pada Aman yang datang dari Kuala Pilah.

Aman mempunyai seorang Ibu di kampung dan tinggal bersendirian di kampung selepas Aman berhijrah ke KL. Bapa nya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Sama seperti Aman, tapi kalsom kehilangan bapa dan ibunya serentak kerana kemalangan.

Hal itu membuatkan Kalsom berpaling tadah dan memilih razif sebagai suami nya kerana mahukan jaminan masa depan.

Namun selepas Aman berjumpa farid kawan sekampung nya, barulah Aman tahu Kalsom agak teruk hidupnya kerana Razif seorang yang panas baran.

Aman cuba mengirimkan surat tanda simpati pada Kalsom, namun surat itu di baca oleh Razif. Hal itu membuatkan Razif mengamun dan menceraikan Kalsom serta merta.

Fuad melihat keadaan Aman semakin merosot dan mengajak nya pulang ke kampung. Dalam perjalanan balik mereka di kejar toyol sewaktu hamper sampai ke kampung nya di Kuala Pilah.

Sampai di kampung, Aman dan Fuad berjumpa Maknya di pasar lalu ternampak Kalsom semasa mereka berborak.

Aman cuba menegur kalsom dan akhir nya mereka bersua muka setelah sekian lama.

Watak – Watak

Aman – seorang pemuda yang baik, kurang pendidikan, penyayang, hati tisu

Fuad – bujang terlajak, hidup sebatang kara dan sederhana, tapi mengambil berat .

Kalsom – wanita muda yang polos, naif, lembut perwatakan, tak tetap pendirian.

Mak Aman – janda berusia 40an, seorang yang sarcastic, kuat menyakat, tapi sangat peka dan memahami anaknya.

Razif – askar muda yang tegap badan, panas baran dan mudah mengamuk.

Farid – kawan sekampung Aman.

Freddie – jiran lama Fuad.