Teater Magika, Pengembaraan Tanpa Penghujung

Pementasan teater muzikal kanak-kanak bertajuk Magika: Pengembaraan Tanpa Penghujung dihasilkan oleh Gerak Teater Johor dengan sokongan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, Yayasan Warisan Johor dan Tourism Johor.

Open Approved
29 May 2025 to 01 Jun 2025
9:00PM
Asia/Kuala_Lumpur
Event

Event Details

Duration 90 minutes
Recommended Age 5 years old and above
Children Admission Tickets Required
Seating Auditorium
Doors Open 30 minutes before event
Dress Code Casual

About This Event

Latar Belakang Magika, Pengembaraan tanpa Penghujung

Teater ini dihiasi dengan elemen muzik, tarian, dan penceritaan yang menarik, pementasan ini bertujuan menghiburkan serta menyampaikan mesej positif kepada penonton.

Gerak Teater Johor  bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan,  Yayasan Warisan Johor dan Tourism Johor sangat komited dalam memartabatkan seni persembahan tempatan dengan melibatkan bakat muda dan profesional. Melalui kolaborasi ini, mereka berharap dapat memperkaya industri seni teater di Johor serta menarik minat generasi muda terhadap seni persembahan.

Teater Magika: Pengembaraan Tanpa Penghujung dijangka menjadi tontonan menarik bagi seisi keluarga, menawarkan pengalaman teater yang memukau serta menghidupkan keindahan budaya dan kreativiti tempatan.

Sinopsis Magika, Pengembaraan tanpa Penghujung.

Karya dan Arahan: Senjakala

Di sebuah perkampungan terpencil, dua beradik, Haykal dan Hadi  telah diculik oleh Penunggu Hutan ,lalu diserahkan kepada Kebayan yang mahu menjadikan mereka sebagai santapan agar mereka akan kekal cantik. 

Akhirnya mereka membebaskan diri dari Kebayan tetapi telah tersesat ke Hutan Misteri. Dengan bantuan dan maklumat dari  Penjaga Hutan Misteri, Puteri Aurora dan Puteri Yasmin, mereka mendapat petunjuk bahawa hanya Geliga Sakti yang dimiliki Ratu Laut dapat membuka gerbang ke alam nyata. Namun, perjalanan mereka penuh dengan cabaran. Mereka perlu menemui Raja Kecil di Kerajaan Darat untuk mendapatkan Insang Hikmat, satu-satunya alat yang membolehkan mereka bernafas di dalam air dan meneruskan perjalanan ke Kerajaan Laut.

Di dasar lautan, mereka berhadapan dengan Putera Obor-Obor dan Ratu Laut yang tidak mudah menyerahkan Geliga Sakti. Dengan keberanian dan kepintaran, Haykal  dan Hadi perlu membuktikan bahawa mereka layak memiliki Geliga Sakti demi kembali ke dunia mereka.

Adakah mereka akan berjaya merentasi segala cabaran? Atau selamanya terperangkap dalam dunia misteri yang tidak berpenghujung? Saksikan "Magika: Pengembaraan Tanpa Penghujung", sebuah teater penuh aksi, magis, dan pengorbanan!

Saksikan kemeriahan teater ini dengan musik dan tarian serta lakonan yang luar biasa oleh pelakon-pelakon cilik teater ini bersama aktivitis teater Negeri Johor.