PEREMPUAN-PEREMPUAN KAMPONG BHARU

“Rahsia rumah sewa Kampong Bharu mula terungkai. Pertikaian tanah, rahsia keluarga, dan foto-foto viral mencetuskan konflik. Mampukah mereka menghadapi semuanya?”

Open Approved
07 Feb 2025 to 08 Feb 2025
8:30PM
Asia/Kuala_Lumpur
Event

Event Details

Duration 75 minutes
Seating Free seating
Dress Code Smart_casual

About This Event

Dayang membawa adiknya Ros tinggal Bersama di rumah sewanya di Kampong Bharu. Rumah sewa berkenaan kepunyaan Haji Madnan. Turut menyewa Bersama di rumah itu adalah Awin dan Jijie. Di luar pengetahuan Awin dan Jijie, Ros sebenarnya adalah adik lelaki Dayang, yang merancang untuk tinggal sebentar saja di rumah sewa itu, sementara mendapat kerja dan rumah sewa yang baharu. Dalam masa yang sama, anak kepada Haji Madnani iaitu Kamaluddin, datang dan memberitahu tentang persetujuannya menandatangani urusan pengambilan tanah di Kampong Bharu. Hal ini menjadi besar apabila diketahui oleh Makcik Fatin Atiqah, jiran mereka yang juga merupakan tiga pupu kepada Haji Madnan. Konflik meletus apabila Haji Madnan dan Kamaluddin bersemuka di rumah sewa iaitu dan bertelagah mengenai isu tanah berkenaan. Memburukkan lagi keadaan apabila Makcik Fatin Atiqah menunjukkan gambar viral seorang lelaki sedang menghisap rokok di tingkap bilik rumah perempuan-perempuan itu. Kisah ini adalah kisah kehidupan manusia-manusia yang cuba mengikut rentak budaya, sosial dan ekonomi pembangunan negara di zaman baharu ini. Semua isu cuba diselesaikan satu demi satu, tapi tidak semestinya semua akan selesai. Terutamanya jika kuasa penyelesaian bukan di tangan mereka.