KONSERT SENANDUNG ABADI TRIBUTE TAN SRI S.M.SALIM & DATUK SHARIFAH AINI
Tan Sri Sm Salim Dan Dato Sharifah Aini merupakan tokoh Seni suara yang tidak asing di negara kita. Banyak dari lagu -lagu mereka bersifat malar segar yang sering diputarkan di radio, televisyen dan media² sosial.
Event Details
About This Event
Tan Sri Sm Salim Dan Dato Sharifah Aini merupakan tokoh Seni suara yang tidak asing di negara kita. Banyak dari lagu -lagu mereka bersifat malar segar yang sering diputarkan di radio, televisyen dan media² sosial. Jasa dan sumbangan kedua tokoh ini dalam industri muzik malaysia terutama irama muzik tradisional tidak dapat disangkal lagi. Bagi menghargai jasa dan karya mereka, Orkestra Kuala Lumpur akan mengadakan konsert senandung abadi bagi memperingati tokoh seniman dan seniwati Tan Sri SM Salim dan dato sharifah Aini. Konsert akan diadakan di auditorium DBKL pada 19 Oktober 2024 jam 8.30 malam. Artis² yang akan menjayakan konsert ini adalah Farhana, Azizul Hakim, Yasser Fikri, Rasyidah Rahim dan Wani Hasrita. Turut menampilkan persembahan khas dari Orkes Melayu Kuala Lumpur yang akan bersama sama menjayakan persembahan ini. Antara lagu yang akan dipersembahkan Terbang Helang, Mawar Putih Untuk Mama, Seri Dewi Malam, Tak Seindah Wajah, Kenang Daku Dalam Doamu dan banyak lagi. Sila daftar kehadiran anda. Tempat adalah terhad.
Schedule
References
Published: 13 Oct 2024, 9:45AM
Created: 11 Oct 2024, 9:21AM
Updated: 25 Mar 2026, 5:49PM