[WEBINAR] Perayaan Wangkang - Antara Mitos & Kepercayaan/ Wangkang Celebration – Between Myths & Beliefs

INTELEK SEN: WEBINAR WANGKANG MITOS DAN KEPERCAYAAN Sambutan perayaan Wangkang dikalangan masyarakat Babah Nyonyah menambah satu lagi adat resam warisan dalam mewarnai seni dan budaya tempatan yang sedia ada khususnya di Negeri Melaka. Wangkang yang disambut tidak seperti perayaan lain yang mempunyai tarikh yang khusus setiap tahun seperti Tahun Baru Cina. Wangkang kurang dikenali di luar lingkaran pengamalnya walaupun di Negeri Melaka, malah tidak mustahil akan ada yang tertanya mengenainya sebaik sahaja ia menerima pengiktirafan Warisan Budaya Tidak Ketara pada 17 Disember 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Santifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Open Approved
29 Oct 2021
9:30AM
Asia/Kuala_Lumpur
Event

Event Details

Date 29 October 2021
Time 10.00am - 11.30am
Duration 1 Hour 30 Minutes
Price FREE (RSVP now)

About This Event


Webinar Intelek Seni: Wangkang Mitos dan Kepercayaan kali ini akan membawa  dua orang ahli panel, mereka adalah Pengerusi Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia, Datuk Ronald Gan, Encik Cedric Tan dan juga moderator Encik Chan Chin Ho yang kesemua mereka adalah berketurunan Babah Noynyah Melaka. Webinar kali ini  akan menyentuh apa itu wangkang dari sudut mitos dan seterusnya menjadi kepercayaan kepada masyarakat Babah Nyonyah di Melaka. 

Wang bermaksud raja dan kang bermaksud tongkang atau kapal yang digabungkan menjadi `kapal raja' sekali gus wangkang mempunyai hubung kait antara manusia dan laut. Perayaan yang disambut hanya berdasarkan tilikan dan juga instinct ketua agama penganut kaum Hokkien dan dilaksanakan bagi menggelakkan sesuatu bencana besar yang dijangka akan berlaku pada suatu masa. Wangkang diterjemahkan dalam bentuk sebuah kapal atau tongkang dan seterusnya melaksanakan upacara atau ritual sambutan melalui satu perarakan yang berwarna-warni. 

Wangkang sebenarnya mempunyai jejak sejarah di zaman Melaka sebagai empayar agung di Selat Melaka. Dalam kalangan masyarakat Hokkien dan Baba Nyonya, ia adalah warisan kebudayaan yang memiliki elemen membina budaya positif untuk kesejahteraan, keselamatan dan keharmonian sejagat. 

Tujuan perayaan adalah memanggil roh jahat supaya berkhidmat untuk dewa Ong Yah supaya mereka dapat membuatkan kebaikan dan dilahirkan semula untuk keselamatan negara.