KONSERT RINDU BAYANGAN: Penghormatan Istimewa Buat Allahyarham Omar Taib

Konsert Rindu Bayangan merupakan sebuah persembahan khas bagi menghargai serta memberi penghormatan istimewa buat Allahyarham Omar Taib. Beliau merupakan seorang Tokoh Muzik tanah air yang telah sepenuh jiwa dan raga menabur bakti memartabat seni muzik di Negeri Johor.

Open Approved
28 Sep 2024
8:30PM
Asia/Kuala_Lumpur
Event

Event Details

Duration 120 minutes
Recommended Age 18 years old and above
Children Admission Tickets Required
Seating Numbered Seating
Doors Open 45 minutes before event
Dress Code Smart_casual

About This Event

Persembahan konsert ini bakal menyajikan antara lagu-lagu popular ciptaan Allahyarham yang akan digarap bersama persembahan artis veteran dan artis-artis baru tanah air. Lagu-lagu yang bakal didendangkan adalah antara lagu popular Allahyarham dalam ratusan koleksi karya beliau yang sentiasa malar segar dan pernah mejadi siulan pada suatu ketika dahulu. 

Persembahan yang akan dipimpin oleh pengarah muzik undangan yang berpengalaman iaitu saudara Alfa Booty Kesuma ini akan diiringi bersama kumpulan pemuzik orkestra yang menggabungkan Orkes Melayu Yayasan Warisan Johor bersama dua belas(12) orang pemuzik bertali(string) dan pemuzik tiupan(blowing).

Konsert Rindu Bayangan akan dipersembahkan dalam tiga segmen, bermula dengan rentetan awal penglibatan Allahyarham Omar Taib bermain muzik dan zaman bermulanya beliau menempa nama dalam pembabitan dunia rakaman. Segmen kedua pula membawa kenangan dimana Allahyarham menjadi pemimpin muzik di RTM Johor dan mula menaikkan nama-nama besar penyanyi tanah air di penghujung era tahun 70an sehingga tahun 80an. Manakala segmen akhir bakal mengetengahkan lagu-lagu irama tradisional Melayu dimana mengangkat kenangan bersama menjadi pemimpin muzik di Kompleks Budaya Negara yang kini dikenali sebagai Istana Budaya serta selaku Pengarah Muzik Yayasan Warisan Johor.