George Town Literary Festival 2023

Open Approved
24 Nov 2023 to 26 Nov 2023
2:30PM
Asia/Kuala_Lumpur
Event

Event Details

Duration 60-120 minutes
Doors Open 30 minutes before event

About This Event

ZULHEZAN x HAFIZ HAMZAH
BINGIT REDAM DARI KEBUK KELAM

Tarikh: 
Sabtu, 25 November 2023

Tempat: 
Loft29 
29, Gat Lebuh Gereja, 
Georgetown, Pulau Pinang.

Masa:
8 malam — Buka pintu
8.30 malam — Mula

Dengan kerjasama:
(Logo) GTLF, Svara

DESCRIPTION:
Selepas lebih setahun memulakan percubaan untuk meneroka kemungkinan, Zulhezan x Hafiz Hamzah kembali sekali lagi ke George Town untuk membawakan sebuah set anti-hiburan kepada khalayak bilik kecil. Melalui set ini, yang dipertemukan ialah tekstur serta warna dari dengung bunyian, dengan naratif bahasa puisi: yang dihamparkan sebagai sebuah pengalaman janggal. Ini juga merupakan penampilan pertama setelah mereka kembali dari menyelesaikan Tour Indonesia 2023 yang melibatkan enam kota berasingan pada Jun lalu, dan bakal menampilkan suara-suara lunak serta aksi yang mengganggu. Selepas 14 penampilan setakat ini, set yang dimulakan hanya dengan hasrat yang sederhana kini semakin tumbuh dan berkembang bentuknya dalam roh tersendiri. Sertai kami di George Town untuk menjadi sebahagian daripada lanjutan kisah pengembangan set ini seterusnya.